tepat pukul 4 pagi, aku bersama temanku EDY G-MINOR brgegas keluar daripada rumah menuju ke satu destinasi yang dirahsiakan. Edy agak berbulu pada mulanya namun terpaksa akur dengan permintaanku. HAHA. Sampai sahaja ke destinasi pertama yang dihajati, deruman motor Kriss 100 milik Nutt mengganggu konsentrasi penghuni sementara sebuah kedai makan mapley di kawasan sekitar tempat kediamanku. Ramai sungguh manusia di sini. Rancanganku untuk bertapak di situ terbantut kerana kebanjiran orang ramai yang menumpang sekadar untuk menonton perlawanan bola antara FC BARCELONA dengan INTER MILAN FC. Kami menukar haluan menuju ke McD Perda. Ternyata di situ juga penuh dengan gelagat manusia yang sama turut menontot perlawanan itu. Aku mengambil keputusan menunggu tamatnya perlawanan tersebut dan kemudian terus sahaja menuju ke destinasi asal yang pertama. Benar sangkaan kami, makhluk2 penumpang di kedai mapley itu susut mendadak setibanya kami di tempat kejadian. Hanya ada beberapa orang yang setia bersemayam di lubuk itu. Kami mengambil tempat di hujung kedai itu. Oh, aku hampir lupa menyatakan sesuatu di sini, kami sebenarnya dikejar PAK POLISI yang turut menaiki motosikal. 3 bijik lak tu..Tapi itu cerita yang kurang penting.
Berbalik kepada latar tempat di kedai mapley tadi, Edy mengajar aku subjek FOOD HYGIENE, yang mana aku akan mengambil exam untuk subjek ini beberapa jam dari sekarang. Walaupun input yang kudapat tidaklah sebesar mana, namun agaknya cukuplah untuk mengisi kekosongan dan mengembalikan ingatan terhadap apa yang telah kupelajari selama ini. Kira orang kata, study revision nak refresh balek ape yang patot je la. HEHE. Ye la, beberapa jam dari skang aku akan menduduki exam. Study pejadah last minute cani? Leh masok ke? Tapi, pape hal pown, insyaAllah aku dapat jawab la jap gi..
Hari ini aku EXAM......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment